Friday 18 March 2011

Hah, Elok Pun Ko!

Assalamualaikum semue :)

Semalam aku akhirnya syahid juga pada sebelah petang, tak daya melawan nafsu tidur, maka tumbang jugak aku dekat atas katil tepat jam pukul 5.oo pm. TQ tue Dr Indra sebab memberi pelepasan awal daripada Kelas FES yang bersiaran lansung selama 2 jam. 
Disebabkan malam sebelum tue gwa bergadai nyawa, bersengkang mata sebab sesuatu. maka gwa tak cukup tito (cute x?), yeahh, aku ni sibuk tahap perdana menteri lah kununnya. hahahah. sibuk tengok cerite, sibuk bersidai-sidai dekat bilik orang (aku xpernah wat tapi saje nak menunjukkan aku sibok), sibuk menjadi penyibuk dan sibuk buat-buat sibok!  kire memang sebok lah! orang yang tak sibuk tapi sibuk buat-buat sibuk sampaikan orang yang sibuk cakap aku ni memang penyibuk.
so gwa tidolah petang, tapi bukan selalu. kira semalam tue macam gawat darurat ah. so lepas sejam tido aku solat semue, dah rest-rest and tenang, aku pun berhajat nak lah update blog sebab idea datang mencurah-curah seperti coklat mencurah-curah ke ladang gandum. 
tapi seprti yang diulaskan sebelom ni, UTP ni memang bagus. aku rasa tak pernah pulak aku puji universiti aku ni. UTP serius bagus. sebab budak-budak semua pandai, ada yang kacak dan ada yang tak, ada yang cantik dan ada yang kurang menarik. semue-semue lah. tapi otak semue bergeliga ni aku tak tipu! ha, first time puji UTP weehoo!
tapi ye lah dalam semue nampak perfect tue, mestilah ada kekurangannya. macam jugak UTP iaitu internetnya yang kadang-kadang nak je aku tonyoh-tonyoh kepala die kalau lah die tu seorang manusia. sebab satu hari tak dapat bukak email (email itu amatlah penting), nak update blog (ni pong penting jugok ngeee) x dapat.
tapi tak apalah disebabkan aku ni baik, aku sabar je tunggu ko recover bro. 
so hari ni alhamdulillah baik jugak ko.

No comments: