Monday, March 14, 2011

Persoalan Paling Lame Aku Simpan dah Terungkai


assalamualaikum semua :)

huuuuu, huaa hari nie amat memeranjatkan aku.hahah, malu pun aderr.
persoalan yang asyik berlegar-legar di benak fikiran aku hari ni ha hamek ko terjawab jugak.
ini kisah aku dengan mak cik yang jaga house aku dekat UTP.
aku kira macam rapat jugak lah sebab kadang-kadang tolong dia angkat sampah *adakah aku sedang riak???*, btw itu bukan motip yerrr. pastue selalu jugak lah tegur-tegur and borak-borak rancak kejap-kejap.kadang-kadang dia mengadu penat aku dengar jugak.
tapi yang jadik konpius ni sebab aku dah nak masuk setahun duduk house aku ni, every time aku bagi salam dekat mak cik tue die mesti reluctantly and angguk-angguk je.
huii, aku macam mula-mula tue terfikir gak la, nape mak cik ni x reply kuat-kuat salam aku
 (btw, banyak pulak kata ganda aku pakai kali ni, ni nak memartabatkan penggandaan kata pulak)
dalam hati kot mak cik jawab gamaknye. getus hati kecil aku. ceh!!!! ko memang gile ah apesss, cakap macam buat essei pulakkkk.

so bila dah macam tue, ko ingat aku nak berenti bagi salam?? jangan harappp. hahah
aku masih lagi berjihad bagi salam even aku leju-laju nak ke kelas. tapi pagi tadi, di waktu yang hening aku pun terserempak lagi dengan acik tue, so aku pun hari ni macam biasalah bagi lagi salam. so tetibe mak cik tue macam dah sampai limit die kot hari ni.
'Macam mane mak cik nak cakap ni'. aku yang tengah berjalan , terus berhenti. aku pun tanyalah 'Nape cik?'. okay2, jap aku wat cara korang mudah faham sikit.

mak cik : Macam mane mak cik nak cakap ni
aku: Nape cik?
mak cik: mak cik tak tahu nak jawab ape bila orang bagi salam, sebab mak cik orang asli.
aku: haa, orang asli??? mak cik asal mane? *rasa agak biadab di sini*
mak cik: ha'ah mak cik orang asli,tak tahu lagi ke? mak cik asal parit tue ha.
aku: orang asli ade ke dekat sini mak cik?
mak cik: ada2, dekat ipoh ada, dekat kuala lumpur ada

lepas macam tue selamat aku jaga mulut sebab aku nak tanya mak cik agama apa. tapi aku macam dah terkejut gila time tue sebab patutlah selama setahun aku jumpa die tiap-tiap hari dekat dapur, dekat tandas, dekat tangga and di mana-mana aje. aku bagi salam. and aku selalu terfikir kenapa mak cik x jawab salam. hari ni dah dapat jawapan. pastue petang terjumpa lagi. die bagitahu pasal aku yang aku baru tahu yang dia orang asli sambil gelak-gelak halus. aku yang kulit tak berapa halus and wajah tak berapa mulus ni hanya mampu tersenyum tawar sebab malu and tibe-tibe terfikir pasal mak cik tue. huhuhuhu.
end of story

No comments: