Wednesday 16 March 2011

Rona-Rona Kehidupan. Realiti Seorang Yang Bernama Orang

Assalamualaikum semue :)

Semalam tengah-tengah aku sibuk menyiapkan kerja aku. tiba-tiba kawan ku menyapaku di gtalk. oh pehelis, skemanya ayat saudara. 
okay ar, semalam kan bro, aku macam busy sedikit, serabut-serabut tengah wat kerja tetibe ade seorang yang bernama sahabat men-gtalk aku dan berhasrat ingin meluahkan isi hatinye dekat aku. yeah, you know me, apart from being a handsome and a macho guy, aku juga seorang yang baik, peramah mengikut situasi dan juga seorang yang a good listener (nak-nak lagi yang perempuan shumil-shumil). 

tulisannya jelas menggambarkan dia dalam keadaan hiba nestapa memikirkan keadaannya yang selalu diperguna-gunakan oleh kawan-kawannya yang tak bertanggungjawab. Mendekatinya bila nak ambik advantage sahaja, bila tak perlu disepak sana-sini macam bola futsal. hello bro, ingat ah semue orang ada hati bai, anda bijak berfikirlah sebelum anda bertindak.
 kata haiibattt,tapi perangai arhh, macam tak berapa nak haiiibattt je bro! 
one advise, short and simple : Don't Be Selfish 

so, yelah aku pun tetibe teringat akan satu kisah dekat seseorang punye blog. kisah lembu katanya.

untuk sahabatku :-
Hidup kita ini umpama Lembu Hitam di dalam kandang lagaknya.
kenapa lembu hitam? sebab tade sebab. tapi kalau ko rasa nak jadi lembu oren ke, pink ke, purple ke tapelah, ambiklah ambik, ambik ambik. asalkan dikau bahagia dengan kaler itu aku tak pernah kisah.

maka bacalah, hayatilah dengan segenap jiwa raga dan cube bayangkan anda lembu itu ya sahabat.
ko nak jadi lembu kaler ape ni bro?
aku assume lah ko jadik lembu hitam, mungkin simbolik kepada kulitmu yang sederhana coklat dan sedikit gelap.

sahabat, ingatlah dunia ini penuh dengan segala maknika (dialek kelantan untk segala macam), penuh pancaroba dan gelora.
kehidupan yang kita jalani ini mungkin kadang-kadang tidak selalu memihak dan berada di pihak kita waima kita adalah yang benar. persyaittttonkan semue tue bro! life is definitely unfair but we have to be fair.

Kadang-kadang kita seringkali terasa seperti berada dalam sebuah kandang yang kecil, penuh dengan najis mutawassithoh! 
 seperti Lembu Hitam gamaknya





so bro, mula-mula nak tanya adakah aku membantu???
meyakinkan ko bahawa dunia itu beginilah perjalanannya.
yang datang membantu itu mungkin mahukan kelebihan yang ada dekat ko, bile dah dapat apa yang dia nak. maka sisalah kita jadinya. namun satu je pesanan aku bro:

yang penting tabah bro!

P/S : mungkin sekarang semue baru perasan betapa seronoknya menjadi lembu dak? selalu-selalulah berimaginasi sebagai lembu. contoh hari ahad berimaginasi sebagai lembu pink, besoknya, lembu kuning, esok esoknya, lembu hijo. esosk esok esoknya lembu biru bila dah cukup seminggu. tukar pulak jadik mak lembu, ayah lembu, anak lelaki lembu, sepupu lembu, adik ipar lembu. kalau semue role tue diimaginasikan. tak cukup 365 hari gamaknya untuk setiap role.

No comments: