Monday 23 May 2011

Antara Dia & Saya, Dia Banyak Berjasa

Assalamualaikum semue :)


Die pernah merotan saya, sakit jugak la.
die pernah membebel dekat saya, berdesing jugak la telinga.
die pernah marah saya, naik jugak la temperature.
TAPI
die pernah ajar ABC,
 Allah Bagi Cuti? hee, bukannn. 
Air Batu Campur? Pun bukan. 
Apes Budak Comel? Ha'ah, betul lah tue.

Die pernah ajar 1,2,3 
bile dah besar sikit, ajar tekan kalkulator
dan huruf romawi sampai saya pandai mengeja.
Die pernah bagitau saya ukur lilit bumi, pasal gerhana matahari.
die pernah ajar saya pasal rasul dengan nabi

pernah jugak dia ajar saya sejarah negara, ada yang terhangguk2 tanda xleh masuk otak xnak terima
ajar kontur bumi, tunjuk peta,buat kajian dekat Taman Kurnia Jaya 
Ajar persenyawaan lagi.
 kat sini baru tahu yang orang kawen, ingatkan dorang tido sekatil lepas tue nyawa (nafas) bergabung lalu terhasillah orang ke-3. bukan rupanya. Dushh
yelah kata persenyawaan. rupanya kena bersenggama. 
sorry lucah sikit tapi I dah 21 btw.HAHAH
kat sini jugak kenal Mitosis, Mieosis, Reversed Osmosis
die ajar ape lagi??
ha! walopon mahu tak mahu je untuk ambik tahu. akhirnya tahu yang caj positif-ngatif itu boleh bersatu. tapi takde penghasilan orang ke-3. mereka bersenyawa secara virtual.
kat tempat itu jugak saya boleh sebut Barbiturate, Pottasium Permanganate. 
Pernah tengok kawan kena cubit sebab tersalah sebut MUSYAWWAROH (mesyuarat) dengan MUSAHAQOH (lesbo). padan muke :)
dekat situ jugak aku mule mencintai sastera klasik walaupun penuh sarkastik
pernah belajar pateri - pateri ni. tapi hati tak berapa nak sudi, mintak kawan tolong baru nak jadi.
pernah kenal lukisan ortografik, sesiku L, tapi jodoh dengan dia x lama.
die pernah ajar saya banyakkkk bendaaaaa, tak terhitung and tak pernah rasa boleh nak kira.
dia, dia, dan dia.
siapakah DIA?
die sememangnya karakter yang berbeza-beza
tapi semuenye memengang watak utama
dan inilah dia

CIKGU namanya...

mungkin boleh jadi panggilannya berbeza antara kita
MU'ALLIM
USTAZAH
MADAMME
TEACHER

 tapi peranan mereka semue sama
pernah pendeta guru berkata, sekali dipanggil cikgu. sampai ke mati nama dipanggil dan diingat begitu
antara dia dan saya, dia lagi berjasa

SELAMAT HARI GURU, 
TERIMA KASIH CIKGU

P.S: I LOVE YOU







No comments: