Sunday 10 July 2011

PRICE THAT WE'VE TO PAY.

Assalamualaikum semua :)


Dalam hidup ini, terkadang kita membayar harga yang terlampau tinggi untuk sesuatu yang kita sendiri akan rugi.
Bukankah hidup ini dikatakan sebagai tempat memperjudikan nasib yang kita sendiri tidak akan tahu apa akan untung atau rugikah kita.

Kita mencintai orang, orang mungkin tak cintakan kita.
Kita hormat orang, mungkin orang tak hormat kita.
Macam-macam perangai kan?

Tapi itulah, tetap juga kita ini manusia. Mereka juga manusia.
Tetapi, apakah yang membezakan antara manusia itu dengan kita semua eh?

Mungkin sekarang kita tidak tahu jawapan yang sesuai. 
Ada lambakan persoalan, jawapan yang memenuhi pemikiran tetapi kita tidak dapat mencerna yang mana satu baik untuk kita. 
Tidak mengapa, ia masih sesuatu yang menggembirakan untuk tidak tahu jawapan sebenar kerana ia akan membuatkan kita sentiasa mencari - menggali jawapan kepada pelbagai persoalan.

Kadangkala, tidak tahu itu lebih baik bukan?
Dari tahu dan akhirnya menyakitkan.
Soalnya, terkadang kebenaran itu jua memang menyakitkan.




No comments: