Sunday 10 July 2011

INDEED, THIS IS LIFE.

Assalamualaikum semua :)


Adat hidup, tidak semua yang kita inginkan kelak bakal menjadi milik kita. Selalunya, yang diidam-idamkan itu merupakan sesuatu yang jarang sekali senang didapati dan digapai, tetapi memerlukan sedikit mahupun banyak usaha yang mungkin berlipat-ganda.

Bagi yang masih gagah meneruskan perjuangan, teruskan keringat itu.
Buat yang mengalah sebelum memulakan sebarang langkah, kenapa tidak mencuba nasib dahulu?
Bagaimanapun, yang berjuang tetapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang, tetapi yakin sahaja yang terbaik untuk anda bukan di situ. Ada yang lagi baik masih menunggu.
Mungkin itu ucapan bersahaja untuk diucapkan kepada kita sendiri, si pemilik tubuh.

Ya.
Dalam hidup ini, apa yang paling penting bukanlah berapa lama kita hidup, mendiami bumi ini.
Tetapi berapa bermaknakah hidup kita ini.
Kalau panjang hidup kita tetapi tidak ada yang begruna, pastinya tidak ada sesuatu yang mahu dikenangkan.
Ternyata, memilih kesenangan bukanlah sesuatu yang mudah - malah mungkin jua bakal merasai rengsa yang tiada kesudahan.


Hidup itu sentiasa ada pasang surut, lagak seperti air laut biru.
Sentiasa ada naik turun.
Seperti pasaran saham.
Seperti roda.
Seperti harga minyak, harga ayam, harga kelapa dan seangkatan dengannya.
Dan mungkin juga berat badan.
Sentiasa ada perumpamaan.
Namun sentiasa ada juga jalan penyelesaian.

Apa salahnya kalau kita bukakan minda dan telan sedikit kepahitan agar apa yang kita rasa dihujungnya adalah kemanisan sebuah kehidupan?









No comments: