Sunday, February 27, 2011

Thank You Qarl !

assalamualaikum semua :)

ha, actually aku pukul 6 pm lebih2 tadi baru sampai bilik, baru balik dari kem. uh2. penat memang x lah. it was an enjoyable camp cuma mule2 tue rasa terleft-out and isolated sikit sebab? huhu, sebab adalah nanti aku buat entri khas pasai ni na.

ni nak cakap mule2 balik dari camp, laju je bukak laptop, huii lame kot x bukak laptop. check mail 18 yang unread and bukak blog , tengok dekat chatbox. ada sorang kenalan blogger cakap die follow aku dari via Qarl. aku macam terfikir , blog picisan macam aku ni, qarl nak ke promot link blog aku kan? aku macam xpelah, nanti usha blog Qarl lah
(* P/S : Qarl is one of famous blogger ye adik2. aku kenal jugak la macam Ben Ashaari, Daniel Adie, Qarl sendiri etc2)
so, macam biasalah, aku ucap thanks and as an appreciation, aku follow die balik :)
pastue baru aku klik dekat comment2 dekat entri aku. tengok2, woha! Qarl komen dekat aku punye entri kowtttt~!!!

MySpace

aku serius tak terfikir doe nak harapkan top2 bloggers nak bace ke, nak blogwalking ke dekat blog aku. seribisss!
Qarl, siap bagi motivation kot! and he is surely a genius bro! sebab pointer never goes down below than 3.5. haa, tengok2. aku nak jadik macam qarl, hanis zalikha, fatin liyana. top bloggers plus top scorer dalam akademik :)
TQ 2!
MySpace
okayh, nah aku share link ke blog Qarl jugak tapi part die promote blog aku lah. kalau korang tengok aku je takder banner @ header blog.huuu, takper2 aku masih noob sedikit2 lah improve blog aku yer. 

Friday, February 25, 2011

Of Luck And Opportunities

assalamualaikum semua :)

hari ni jumaat dak? huiii ingat nak rehat2kan badan hujung2 minggu namun apakan daya eden, kojap laie gua haru poie kem pulakk. sabor je laa~
alhamdulillah rasa happy jugak kejap tadi walaupun hati tengah berat nak pergi kem. kem tue nama die kem Keindahan BersamaMu (KBM), compulsory to all first year civil engineering students PLUS (tang plus tue penting) dengan wakil dari UCITY. aku ade define ucity sebelum ni dak? harap semua dah tahu.wuwuwu.

tengah2 mengusha status gtalk buat kali terakhir sebelum meninggalkan UTP, tup2, mata laju menangkap satu offer yang memang macam pucuk dicita, ulam mendatang. haaaa, apenya benda tue?
ada kawan offer nak belajar photoshop !!!
perghhh, seribiss  memang aku sure gila takkan toleh ke belakang dah. gua terus PM dia dan mengofferkan diri nok belajo~~
aku dah berkurun nak belajar ni ha, and aku ada try sendiri2 tapi serius susah jugak la sebab aku tak tahu apa ke benda yang aku buat masa belajar sorang2. aku rasa nak tekan, aku tekan je.
kenapa aku cakap of luck and opportunity??

sebab mungkin tuah aku jugak sebab aku ada 5 tasks to be accomplished semester ni and 3 dah hampir berjaya. kire first steps dah diambil. lagi 2 by the end of semester baru tahu camana-camana.tapi tuah saja tak cukup dak? sebab tuah tue hanya sekadar tuah. faham kerrr? okay aku pun x faham sebebnarnya. hiya hiya hiya. tapi bagi aku opportunities yang penting, makna kata ada je chance , aku kena cepat2 grab, macam xnak tunggu lelame.
haa, tue lah sebenarnya nak kabo.

okay 5 tasks yang aku nak accomplish sem ni adalah :
1-Dean's list award - hujung sem baru tahu
2- kumpul 5 certs - dah cukup, maybe ada nak tambah lagi
3- Gred A untuk ETP personally and GOLD MEDAL bagi team ETP20 -hujung sem.
4- photoshop basic - akan belajar, baru dapat tutor. ini gwa happy gile seribiss
5- yang ni malu nak cakap la derr. i keep it as a secret. :)

yang ni bukan zam tau. ni target untuk sem ni. azam is totally different whereby some of them you may achieve it and can be measured while there might be some of them you can achieve it but cannot be seen by naked eyes.


Thursday, February 24, 2011

Hoyeah! Sangatlah Semangat!

assalamualaikum semue :)
hari nie ada due benda yang drive me to be happy!

1. petronas sangatlah baik, masukkan duit :)

2.sebab semangat memuncak semalam due to kejayaan seseorang :)

yang pasal scholar tak payah cerite lah. semua tahu kot, kalo duit dah masuk, dunia yang gelap pun boleh jadik cerah. ada orang cakap money can't buy everything. mungkin betullah tapi with a certain condition. Contoh kasih sayang mak bapak-even kalo first gaji aku nanti aku laburkan untuk parents aku and bulanan aku kirim wang, kalau nak kumpul2 sampai bila2 pun takkan terbalas semua benda yang depa dah lakukan untuk aku. and adalah lagi tapi percentagenye amatlah kochiq.  Yang lain aku tak rasa duit tak boleh beli. pendapat aku lah. ada je orang jual agama sebab duit.berlaku ye, benda ini tak tipu.
ini seribisss. 

nak cerite yang nombor dua. haa, semalam aku ada tengok dekat aku punya top news dekat FB, huiii masa tue happy tak terkata sebab kawan aku punye abang @ abang kawan aku untuk memudahkan sape2 yang fail BM mase SPM 
*huu sarcastic, saje jeh! jangan terasa ye*,
makna kata aku ada kawan pastue abang dia tue aaa. subjek sekarang adalah abang die. huhuhu. bro tue dah dapat kerja dah dekat PGB Paka. 
ape tue PGB? PETRONAS GAS BERHAD. haaa, perghhh menarik tuh, lepas tue tengok pulak kawan2 die smua dok cakap dapat dekat PGB Kerteh, PGB Gebeng. huiiiii seribisss aku macam nak je join dorang. walaupun turn aku x sampai lagi, tapi kejayaan diorang tue yang boost semangat aku untuk terus belajar and performing well in my studies, mastering general knowledge, learning soft skills as well as technical skills.
tumpang gembira dengan kejayaan orang lain takde salahnye dak? huhu. 
memang lepas aku bace pasal ni, aku terus inform kawan aku, Fatin Najwa @ Ateyn via Black berry.huiii xdak ah, gtalk jerr. sanggup doe.haha. kenapa aku inform die?
sebab die pun macam kenallah walaupun tak rapat sebab kawan aku adalah kawan yang die kenal jugak. and abang kawan aku adalah senior sekolah die. ngeee~ tue laju bagitahu die. share happy same2 and semangat same2.
untuk diri sendiri, belajar lebih kuat and keep motivated fez. wishing your dreams come true- which is to be a part of PETRONAS' family. insyaallah :)

Wednesday, February 23, 2011

habit yang nak diubah tapi selalu terlupa

assalamualaikum semua :)
huhu, tetibe aku dapat idea nak share dekat korang. ini benda yang aku dah pasang niat nak ubah tapi adoyaiii selalu aje terlupa. pedia pez?
caj tepon.
.hiyahiyahiyahiya.
hari tue waktu  CIVIL JUNIOR, aku ada dok lepak2 dengan kawan, tetibe hanpon kuar munyik amaran battery low. and waktu tue hanpon kire agak crucial lah sebab nak communicate among committees kan? tapi huiii, seribiss (ada orang tanye seribiis tue ape. hahah, nama lain bagi silibis@serwis@seryos-nama formal dia serius ye adik2).
pastue aku macam terkumat-kamit la cakap apsal la time2 macam ni battery baru nak flat. pastue kwan aku ntah macam mane tetibe dia cakap. die baru je bace dekat satu artikel yang mana mostly kaum lelaki selalu lupa nak caj handset? sebab? sebab dia kata kebanyakan lelaki dia kurang teliti kalau bab - bab macam ni. 
even aku sendiri kadang2 kalau aku ingat pun, aku make sure selagi battery handset tue boleh pakai sampai die dah memang tenat, nazak baru aku caj. takpun bila dia dah kong~~ huu, tak tahu kenapa and most of the time, battery flat sebab tk perasan yang battery tue dah habis. hahah.
so sape yang pernah claim aku mat teliti tue, sebenarnya huuu anggapan anda salah ye bro. saya tidaklah seteliti yang anda nampak. kalau bab2 caj tepon ni aku lemah sikit. kenapa aku dapat idea nak tulis dekat blog ni? sebab sekarang aku tengah caj bate=tery handfon yang aku x perasan dah habis. terpaksalah caj kejap sebab nak buat alarm nak bangun pagi besok.hahahah
kalau x sebab nak pakai buat alarm, aku xkisah sangat. ni sebab kelas besok kelas awal pagi, makanya kenalah tido beralarm. okaylah papai semua.nak cakap tue je :)

Tuesday, February 22, 2011

Hah!!! Seribiss Aku Happy

assalamualaikum semua :)
huiii, pasaipa tetiba hati kembali rancak ni derr??

MySpace

hahah, tak tawu kenapa doe, walaupun aku berada di hujung bulan, menantikan uangggg skolarnya PETRONAS kembali datang..sepatutnya macam ni kenalah pening2 memikirkan idea untuk mengelakkan diri ini terus memburu maggie jenama RUSKY. tapi iya lah, tetibe aku happy.
pasaipa? sebab entoh lerr.
maybe satu sebab fatin liyana si gadis bandung dah update blog die, pastue bukak blog hanis zalikha yang best tadik sekali dengan blog aunty nani rostam a.k.a ibu kepada hamis jalikha..huiii, bace blog orang yang kita adore sebenarnya memang boleh boost semangat doe! 

MySpace

pastue satu lagi kenapa aku happy sebab aunty nani pun minum jus tomato macam aku jugak. *OMG - Oh Menarik Giler!*.
*ke aku yang minum jus tomato sama dengan aunty nani?? hahah*
tak kisah lah labu, tapi yang ponting nyoh,we share something in common.huhuhu. happy sambil lompat2 gajah.  
rasa macam nak lari keliling bilik je.huhuh

MySpace

so, tadik ada buat bajet 2011 untuk bulan march 
*bab2 kewangan n aku laju lah jugak sebab biasalah aku ada bakat menghabiskan duit*, xdelah aku baru nak start wat planning :)

ini antara benda yang aku nak carik untuk march  :
1. blender - (nak buat jus tomato senirik2, sebab kalau beli air tomato dekat kafe, satu gelas RM 1.50 macam mahal sedangkan sekilo tomato baru dalam 2-3 ringgit jerrrr.). so planning di situ amatlah penting.
2. baju belang2 yang ada campuran biru muda, hijau muda (semua nak muda aje..hahah) campur putih muda dengan pink muda. kira belang2 tue adalah blend kaler nih. kenapa mesti nih?? sebab takde sebab..ahahah. tibe2 rasa nak carik baju cannnggggni. nanti cube selongkar dekat JJ kalu :) .
3. fotostat buku malaysian studies and manual testing aggregates - study purposes ye adik2. kenapa fotostat? walopon aku tahu illegal tapi yang nyata ia adalah jauh lebih murah :) 
4. beli buku principle of foundation earth structure :) pun reasoning dia sebab untuk pelajaran. akademik tersngatlah penting.
ngee~
itu je lah kot yang diperlukan and priority.
kalau nak ikut napsu banyak je ni, tambah2 napsu makan.huhuhu.
okayh, cow dulu bro! ade keja sikit :)

kiss dulu. mmuahhh!

MySpace


Saturday, February 19, 2011

Civil Junior 2011

assalamualaikum :)
lame dah rasanya aku x update blog. malas campur xde idea. minggu lepas 12 HB february , UCITY-UTP Civil Engineering Students' Society ada buat Civil Junior purposely untuk freshman civil engineering yang kebetulan jatuh pada tarikh kelahiran sorang teman, Mohamad Syamsul Faiz B Samsudin. bertempat di Pocket C, Building 13 & 14 (civil engineering building), start dalam pukul 9 - 6 petang.
thank you to Media and Branding Department (MEDBRAND), sebab sanggup ambik gambo untuk dibuat memento. A bunch of thank you to Acaddemic Department (ACAD) for the awesome modules and your splendid ideas in making CVJ yang terbaik. and indirectly to all UCITY committee sebab for your priceless effort, walaupun aku xdelah banyak membantu.
sorry lah :).
kata orang a picture tells thousands word . so ini antara gambar2 yang sempat terakam :)

awal-awal pagi kena buat senaman ringan dulu :)

antara kawan-kawan yang saya kenal, saya sayang dan saya hargai :)
baju kuning tue nama dia abang hafiz.

senaman si tommy :)



lab tour dekat concrete technology lab . abang hafiz tengah demo compression test :)

kawan-kawan UCITY. antara yang terpenting. a part of me is here :)

geomatic. tengah buat levelling :)


main main straw buat roda :)
















bersama Project Manager CVJ 2011 :)


 aku xde wat keja sangat, just tolong angkut2 air je. huhuhu. :)


 mamam bersama senior. ni nama dia civil siblings. tukar2 contact number semua.


 main tarik-tarik  :)


 semua komiti, facee and participants :)


 senaman penutup, senaman si tommy :)


 mandi-manda, cuaca tengah hari yang panas


ni mandi paksa :)

 kami 1 Malaysia :)


mandi jugak :)

untuk tengok banyak lagi gambar, sila lah ke sini :)
TQ semua :)
P/S : mungkin ayat saya x berapa meriah sangat untuk entri kali ini, sebab hati tengah terluka, tapi takpa, yang baik itu allah akan buka jalan. semoga dapat kawan yang baik-baik & menjadi kawan yang baik.amiiin


Sunday, February 13, 2011

you should ask someone on how to be MORE polite :)

assalamualaikum semue :)
aku takde nak cakap ape sangat. hari ni nak buat lab repot foundation of earth structure. btw aku memang pemalas, besok nak hnatr hari ni baru serabut2 nak siapkan.  tapi aku nak pesan kepada semue orang and diri aku sendiri. bila korang bercakap dengan orang lain, watch out your words carefully and kalo x reti, baik ko dok diam.  :) 
cuba fikirkan perasaan orang lain bile bercakap ye. aku bukan ada kisah pape pun :) cume kadang2,teguran itu perlu bile ko dah memang tersasar jauh untuk menjadi manusia yang berguna.otak je geliga xmo la bro!, kalo mulut macam longkang, xde pape jugak . :)
thanks


Wednesday, February 9, 2011

Aset Lelaki, Antaranya Di Mana?

assalamualaikum semue :)
huiii, hari ni serius kentang wa cakap sama lu, hari ni memang perghhh torbaikkk lah, first time aku rasa penat nak mamp!!!
huuu, kul 9 pagi aku start, pukul 6 petang baru dapat rest. :) 
mata memang surrender dah, terpaksa tido walopon lepas asar. kalo tak memang malam ni, aku memang syahid awal lah, kalo tak pun pagi besok memang berjihad dekat bilik lah. huhuhu
okay aku nak cerite dekat korang lah, aku selalu memikirkan keadaan aku bila dah berumah tangga, harap2 panjang umoq la no. bukan sebab aku gatal ke ape ke ye adik2. aku just macam curious sikit jerrr. sikt jerrr~~..alah korang macam tak biasa.ceppodah! haha

antara perkara yang selalu bermain dekat fikiran aku :
1) isteri aku nanti chinese/malay ke?
2) orang kelantan /bukan kelantan ke?
3) macam mane nak kamceng dengan mentua & ipar duai?
4) nak tinggal dekat negeri mana?
5) isteri kerja apa?
6) anak2 ikut muka sape?
7) nak educate anak dekat sekolah chinese/kebangsaan ke?
8) nak suruh anak panggil abi/daddy/abah/ayah ke?
9) and banyak lagi lah! serwis. huuu~~ 
tapi aku sambil2 tue jugak aku amat concern pasal aku. cerghhh pentingkan diri sendiri nampak. bukan lah~~ ini soal lelaki lagi pun. 
pedia?
soklan yang selalu menerjah kotak fikiran aku adalah:
kalau dah lepas kawen nanti, perut aku maintain ke atau makin ke depan?
benda kechik je pun dak? huiii, tapi aku rasa tue adalah salah satu aset bagi kaum lelaki sebab though lepas kawen ko boleh maintain perut ko x boroi. aku pun tak tahu kenapa orang kata lepas kawen , tendency lelaki nak boroi amat lah tinggi. ini hanya pandangan aku lah. macam muka, serius aku dah fail. huhuhu. penampilan insyaallah bila dah kerja makin okay tapi kenapa aku memikirkan sangat pasai porut ni ha? sebab aku nampak ramai jugak lah bila dah 30 lebih, 40 lebih umoq, perut jadik cenggitu. kawan aku cakap, satu kebanggaan lah bagi lelaki yang dah berumah tangga dapat maintain kan perut. 
ada cara die nak maintain perut ni, iaitu kena exercise and jaga pemakanan lah. 
kalau nak natural memang x jadik lah. cuma aku harap lah , aku tergolong dalam golongan yang insyaallah boleh maintain :)
mungkin x nampak besau pun benda ni tapi apa salahnya kalau kita jaga penampilan kita sampai ke tuo dak? :) heee

Tuesday, February 8, 2011

Terbaca dan Tertarik. - resepi kejayaan orang jepun :)

assalamualaikum semue :)
sekarang aku dah masuk week 3 dekat UTP, and minggu ni lab highway engineering 
*leb perfectionist* 
kenapa perfectionist? sebab lab demonstartor memang detail gile2 ah, and aku honestly suka gaya macam tue. sama dengan gaya idola aku, dr mazlan napiah :) heee. pastue lab foundation of earth stucture pun best, main korek2 tanah, pastue tengah gahirah main korek2, tersiku mata kawan. terkedu pastue aku terus jadik diam. huuu. pastue malaysian studies dah boleh enroll and HSE pun kelas die masih menarik :) and minggu ni jugak proposal engineering team project perlu disubmit kepada supervisor :) dan ada lagi~. tutorial 1 highway dah dapat, lab report dah ada dua, dan kisah saya sebagai pelajar tahun ketiga semester pertama kian merancak dah. semalam first time tido pukul 3 dan i will expect it will continue to be like that onwards. huuuu :'(

MySpace

tapi persyaitttonkan semue benda tuh! dah name ko pun student so jangan nak complaint ye dak apis! you degil, you die meh! heee
aku nak cerite pasai 10 resepi kejayaan orang jepun :)
jepun korea nih aku kira fanatic jugak lah tapi satu je tak suke tang jepun ni ha. pasaipa??? sebab depa makan dead baby. huuuuu, itu memang saya anti 100%. makanan banyaklah dekat dunia ni. so pilihlah yang lain. 

MySpace
 
tapi aku nak share dua dulu resepi kejayaan dorang ni ye

1. KERJA KERAS


macam semue kita maklumkan jepun ni memang kerja kuat nak Mam!. normally depa bekerja dalam 2450 jam/tahun. serwis jauh lebih tinggi dari negara pak cik obama (1957 jam/tahun), britain (1911 jam/tahun), germany (1870 jam/tahun) , perancis (1680 jam/tahun). malaysia??? huiii, atas sikt dari jepun kalu. tapi untuk 20 tahun akan datang maybe :) fakta: seorang pekerja jepun boleh menghasilkan kereta dalam mase 9 hari sedangkan dinegara lain memrlukan 47 hari kowt~~ untuk buat kereta yang same. hah? agak2 boleh? lagi satu, seorang pekerja jepun boleh melakukan pekerjaan yang normally 5-6 orang pekerja yang buat. anda rasa nada yakin boleh wat cenggitu.ada bran??? *ngeh3. evil laugh dalam keadaan penuh sopan..so contradict hahah*
tampo kang!!!. kalo lah dekat malaysia kan, jam dekat dinding 4.30pm, so mesti kite dah macam dok kemas2 dak nak balik xpun ngah fikir satgi nak pi mana, singgah kat McD kalu otw balik. tapi dekat jaypooon, try lah kalo ada bran balik awal :). sebab pulang awal adalah sesuatu agak memalukan , serwis aku tak tipu nih!, sebab taw dak nape? bile ko balik awal sedangkan yang lain masih stay, kirenye orang assume perusahaan ko macam xperlukan ko sangat. kire macam melukut di tepi gantang lah, masuk tak luak, keluar tak kurang ha. cenggitu lah.
dekat kampus pulak, prof biasanya pulang lewat malam atau awal pagi. dekat UTP pun ade jugak , tapi xdelah stay back sampai awal pagi. sebab tue lah dekat jaypung! ada satu fenomena yang mane mati kerana kerja keras , iaitu KAROSHI. sebahagian pihak berpendapat inilah yang mencapaikan matlamat kebangkitan nippon :)
aku xde lah nak cakap kite kena kerja sampai mati, tapi nak share dengan korang ah, sampai macam tue sekali diorang punya semangat tue ha, kita maybe xleh nak tiru die 100% sebab macam islam, nak kena ada masa untuk beribadat, pastue kite sebagai manusia pun, secara fotrah pun nak rehat, bersama family and macam2 lah. tapi kita mungkin boleh cedok 70% ke  as a starter pun more than enough :)

MySpace
aku ingat nak tulis 2 resepi, tapi heeee, saya ada kerja lain buk, maka next entri lah eh :)
papai :)
 
MySpace



Thursday, February 3, 2011

Azam Kedua, Harap Menjadik :)

assalamualaikum semue :)
ha, ritu dah bagitau dak yang pasal azam pertama tu? insyaallah maintain :) ngee~
sebenanrnye jumaat lepas aku kena share ngan seseorang ni ha pasal azam aku yang ada sebelas
*manyak metui mazam mamu? mi mam!!*
yelah kena bagitahu la sebab janji punya pasai. huiii. okaylah kepada anda yang saya sepatutnya saya bagitahu jumaat lepas tapi memandangkan internet di UTP ni kira macam sipot bab maka, xsempat kawe nak kabo kat hang
*okay, saya merosak bahasa negeri anda. sila jangan marah. ayat needs variety, huhuhu*
azam kedua adalah ----> mahu save money.nak buat dowry.
 
 
ha, ni sebenarnya azam tahun bila lagi entah. tapi yelah, napsu makn, beli barang x perpaedah terlampo manyak, maka tinggal sejarah. so sekarang nak kena semprunakan. dalam banyak2 benda yang aku listkan, yang ni susah untuk aku control. tapi xpa, belajar2 lah berjimat. selalunya, duit skolar awal-awal masuk, die punya aliran keluar, mak aihh macam pili air yang bocor tu. die xtaw nak renti2, asyik kuar aje keje die. pastue bila akhir2 tue, dompet tebal pun jadik nipis, kalotebal pun sebab banyak syiling. durghh! takper tue pun duit jugak fez! :) bersyukur2...selamat ade syiling, boleh beli ayer mangga lagi dekat water world. kalo idak,masak ayor je le gamaknye idok?
so, kepada yang berkenaan anda sudah tahu azam kedua saya , harap anda berpuas hati. and to my readers, let's start saving our money for the better future :)
 

P/S : saya maybe xleh share semua azam saya sebab due to some reasons yang mane faktor gender yang berbeza. harap faham yer~~

Tuesday, February 1, 2011

Azam Pertama, Berjaya Mungkin :)

assalamualaikum semue :)
terasa penat seket sebab? huuu sebab penat.HAHAHA.
adala hal sikit yang menuntut aku berjalan keliling UTP hari nie, so penat sikit jerrr..sekarang nagh blogging ni otot-otot sedang membina. rasa kot badan amkin tough! Okay, saya menipu sikit di situ. :p
ha, aku ada cakap dak yang azam tahun 2011 aku yang pertama adalah untuk menjadi kawan yang friendly. itu azam aku ye adik2. alhamdulillah rasanya macam menghampiri kejayaan dah kot~ 
kot la, sebab aku yang ukur senirik. rasanya boleh la~~ boleh la~~
hahaha, sekarang nak maintain azam tue, and nak go for second azam. cerghhh! second mission is about to begin. HAHAHA.
BTW, happy sebab good starter untuk aku accomplish semua hajat2 tahun ni. insyaAllah~
happy derr!

MySpace
 
*melompat sampai ke langit! yosh!*

azam ke-2 akan diberitahu kemudian :)
papai!
 
MySpace