Thursday 31 March 2011

Dunia Fantasi : Zaman Kanak-Kanak Yang Takkan Kembali

Assalamualaikum semue :)



whoa!
tetibe gwa rindukan balik pada zaman abad 20-an dulu. 
masa tahun 1997-2003
zaman tue memang zaman dunia yang hampir setiap hari zaman happy
pakai seluar teletubbies, tengok cerite dragon ball, ninja boys dekat Alam Ria Disney TV3 (ye ke channel tue? aku dah lupe), tengok Power Rangers apa lagi banyak lah!
tapi aku jugak suke tengok cerite Student Buddy (ni lebih kurang macam Big Bang Theory cerite cerite lawak omptuih), cerite Popular (Yang Pelakon Christopher Gorham dengan bininye sekali tue).
Pastue, pergi sekolah bawak beg beroda. omaigooood.
tapi darjah enam tak dah lar!
gile ekau nak bawak beg sebegitu, mengalah budak tadika kewwttt~
sambil tarik handle beg tue, berlari-lari gajah ke muka pintu kelas. 
whoa! menarik geyl!
hui hui hui

waktu dekat sekolah aku dah ada skill entrepreneurship taw bro!
aku bawak botol air masak yang penuh berisi air masak BOKAN aye payep yerr.
 (ade ke orang bawak botlo air kosong ke sekola? deng!)
pastue sapa nak minum kena charge 0.10 MYR.
lepas tue besok aku kasik balik sebab takut tuhan marah.sebab aku ingat tue mencuri hak orang.
HA HA HA HUI HUI HUI
baik kan aku?
hui hui hui

petang-petang, budak laki dekat kampung main ape je bro?
kitorang kalau free main polis santry tue, main lompat getah, baling bola dekat selipar tue, main nyorok-nyorok, main bola beracun, main dekcok (aku tak tahu term apa dalam bahasa melayu), dekcok ni macam ko baling serpihan apa-apa jelah, lepas tue dengan satu kaki ko lompat dari kotak ke kotak, pastue boleh beli rumah lah macam-macam derr, main layang-layang, lastik aku tak reti bro.
hui hui hui
banyak lah bro tak macam jaman sekarang, jaman IT katanya. semue nak ape je aku nak sebut x reti.
(cehh bajet tue la sangat ko apes)

tapi yang betul-betul melekat adalah 
MAIN GULI




kenapa aku ingat sangat main benda nih?
sebab die mengaplikasikan strategi berfikir, accuracy and you have to be precise.
aku main benda-benda ni for a reason bro!
ko jangan ingat aku main suka-suka jer. aku main permainan yang bercorak ilmiah lorh!
hui hui hui.
tampo kalu!

tapi aku pernah main benda ni dulu taw dengan kawan sebelah rumah.
masa aku main tue ada la dalam 3 orang. aku, die, adik die.
masa main tue, aku nak shoot guli die, tetibe entah application engineering mane entah aku pakai, due -due guli yakni guli die dengan adik die, aku shoot.
tapi die ni punya tak puas hati sebab juara kampung katakan (die wakil kampung aku untuk permainan guli di Sukan Komanwel 1996 btw), so marah la der. die deny habis-habisan
sampaikan aku bersumpah kowtt
and yang tak boleh blah
sebab dia tak nak mengaku kalah
aku cakap :
Hamek la hamek balik guli kau tuh!
Kita tengok dekat akhirat sape yang berada di pihak yang benar!
nanti Allah tayang balik kot!
lepas tue bersurai terus
hui hui hui
tapi syoknya jadik budak ni
pagi gaduh petang baik balik
malam gaduh, pagi baik balik
sebab ko tade sape dah nak main
hui hui hui
kawan aku tue dah jadi askar da pun, adik die pun :)

kenagan oh kenangan ^^

Just About To Add One More Candle Sooner :)

Assalamualaikum semue :)


hui hui hui (gaya ketawa baru bro!)
pojam colik pojam colik
cepat pulakk masa berlalu dak?.
dunia oh dunia (sajak sokojapppp)

kalau nak difikirkan balik, rasanya macam baru lagi aku kuar sekolah menengah.
 baru je lepas habis foundation (zaman scary sebab ada chemistry)
tapi itulah
how time flies 
hui hui hui
 ^^
dan sekarang gwa dah third year bro!
walopong gwa kurus masih, rendah masih (dialek sabah katanya)

tapi umur dah nak meningkat ke satu tahap lagi. 
begitu masa pantas merangkak/bertatih/berjalan dan kini ia laju berlari.
namun kehidupan begitulah coraknya.
semoga bertambahnya umoq gwa bro
bertambah matang hendaknya
bijak dalam bertindak
semoga kuat aku beribadat
semoga selamat dunia akhirat
semoga jadi anak yang taat
semoga baiknya menjadi sahabat
semoga semoga semoga yang kat atas-atas tadi tue jadik realiti
berimaginasi sahaja tiada gunanya wahai si otak

[aku baru perasan yang aku sekarang sudah develop satu habit baru iaitu suka bersajak. chewahhh bersajak tanpa munyik mulot lah tapi. hui hui hui]



I Choose To Be Positive!

Assalamualaikum semue :)

selamat pagi. kejap lagi ada tutorial HSE :)
kaman2, semangat study!


Alhamdulillah bro, walaupon gwa sedikit busy, tapi bila difikirkan rasanya almost semue orang rasa macam ni dak?
so daripada menjadi kusut-masai memikirkan benda yang bukan-bukan. 
rasanya it's better for me to keep the sceptical thinking away~
belajar jadik optimistik bro!
setiap apa yang berlaku, yessa mesti ada pengajaran di sebalik itu :)
bertindak dengan arahan yang bijak!
so, untuk mengelakkan kesan kedutan dan lipatan di muka, maka gwa mesti elakkan hidup dalam keadaan stress-mress. cehh, itu motipnye budak apes! iyoo lah.
 btw, semoga dapat balancekan study dan event and  even blogging-blogging ni hahaha :)
pesanan gwa untuk diri sendiri.

Just nak refresh balik azam awal tahun ni :
Bro, Ko nak jadik apa sem ni?!
(hati kecil bersuara kencang bertanyakan diri sendiri.) 
(Tapi orang selalu guna hati kecil walopong! hati is the second largest gland in human body. ini fakta bukan auta ngeee)

Aku : Nak jadik Handsome!
oops dah tercapai sebenarnya. miahuahuahua

Tadelah, Nak jadik Top Scorer & Nak dapat Dean's :)
Insyaallah boleh!





Terharu, Feel Appreciated :)

Assalamualaikum semue :)


huhu, awal-awal pagi sempat lagi aku update blog. huhu.
keja bertambaun dekat sebelah taknak pulak sentuh.
sabo le, you'll be entertained after this. cehh!
hahaha

apa anda rasa bila seseorang cakap :
'Thank you sangat-sangat...'
gwa dalam hidup nie, ayat yang paling gwa happy bila dengar
THANK YOU
aku tade la mengaharapkan pong!
tapi bile orang cakap macam tue rasa effort kita tue derang nampak. yerr buat keja bukan nak tunggu orang nampak. saya tahu itu.
tadelah nak cakap, rasa berbayar la bila orang cakap macam tue. kalau mula-mula nak tolong sikit, lepas tue macam nak tolong lagi.
huhu yeke?
ye lah kot :)
tapi rasa dihargai lah bro!

last event tahun ni Beyond Horizon Motivational Outreach Camp.
Hopefully it will be memorable :)

Nak Menulis, Tapi Tade Idea. Huuu

Assalamualaikum semua :)


kamek sikda idea mok nulis nektok



Perkara Yang Sewonok Untuk Dilakukan Mase Tinggal Di Asrama/Kolej Kediaman - 2

Assalamualaikum semua :)


kalau entri sebelum ni aku dok hingaq pasai perkara yang gwa rasa best time sekolah dolu2 kang?
ni gwa nak kabo mase jaman universiti. mase dekat universiti ni ping kalau jaman awal-awal tak best jugak sebab bile je malam, tade benda nak buat. sebab yo lah dak, awal-awal ko tak kenal apa apa event lagi dekat UTP ni, duduk dekat village tinggalan USM. huuuu.
jaman 2009 lah best after aku masuk new village. BTW, students UTP tak tinggal dekat rumah sewa luar universiti.Kitorang disediakan tempat penginapan macam ni :





yang kaler biru tue village aku. btw village tue a.k.a Residential College bro. nak panggil kampung pun boleh! aku tarak kisah.

perkara yang besh!
1. Bulan Puasa
bila je bulan puasa, kitorang akn tong-tong duit among hausmit beli beras, beli ayam, beli alat masak-masak and gula garam kicap sardin rempah. hah hamik ekau, semua benda aku tulih! bila petang je, semua pakat-pakat kerah tenaga masak. tapi nampak la hydrogen bonding antara hausmit tue kuat, btw hausmit tu kosmit aku jugak. hehehe.
paling best, nak makan ape je cakap! hah cakap!
resipi jangan risau. internet ada!
kitorang masak2 campak2 je, bukak laptop search resipi ikut lebih kurang siap!
tapi fina dia..huiiii
Dappp!!!
(kalau x syodapp ping kena makang huhu sebab dah masak da pun)
btw, sapa nak cari calon suami mithali, aku ada dekat sini. hahah
aku pandai masak!
paling expert masak air!

2. Tengok movie secara berjemaah
ini movie clean ye adik2. hahaha
korang kenal Kak Limah?
hokay cerite die bagi kebanyakan orang superb best. aku pun hari tue tumpang sekaki tengok cerite ni. walaupong! at last aku syahid. tak tahulah gwa tak ngam dengan kak limah ni. maybe sebab dia chanteqqq sangat kowt~
huhu
Hi kak limah!


and banyak lagi ah. soon right after graduating next year. Ni antara perkara2 yang akan aku rindu kott. bile ko dah besau2 nanti. tade dah kot mase nak lepak2 syahdu macam ni. nak bersidai-sidai dekat umah kawan. masing2 dah ade keja, reunion jarang-jarang. kehidupan masing2. Bila dah kawen, beranak-pinak makin lah susah dak?
So, masa yang ada ni.
Utilise it to the fullest lah bro!
Appreciate ur friends.
perghhh,sorry terbagi iklan.
lari daripada tajuk
aku dah blur sebenanrnya ni.
ngeee

Wednesday 30 March 2011

Perkara Yang Sewonok Untuk Dilakukan Mase Tinggal Di Asrama/Kolej Kediaman - 1

Assalamualaikum semue :)


First sekali, sewonok tue bukan salah eja ye. memandangkan sekarang Bahasa Melayu sedang giat mengalami fasa perubahan, so aku nak emphasize lah sikit  pasal ni.
 Kata terbitan baru macam owang, sowy,apa lagi gittew, apew lagi banyak orang dok pakai.Yosh!
cehh, aku guwau je bwo!
hahaah, okay aku gurau je eh. serwis. aku respect semua orang regardless of those words. 
okay tetiba rase na bercerita jadik anak bujang yang tinggal dekat asrama ni. 
korang pun pernah jugak tinggal dekat asrama dak?
tak kesah lah time skolah tadika dulu ke, wadehel! sekolah menengah lah, time dekat matriks ke, universiti ke. mane2 lah bro!
okay bro, gwa nak kabo shekett pasal benda yang gwa buat dolu2 mase time umor masih belasan. huuu, waktu aku umo 19 nak masuk 20. gwa emo kot HAHAHA. Ye lahh bro, dah tade dah ayat belas dekat belakang tue ha. bile orang tanya je dulu 

case 1 : zaman belasan tahun
orang : umo berapa dik?
aku: 19!!! (semangat cakap kuat2 nak tunjuk aku ni mude). kalau perempuan apatah lagi dak? ngee

case 2 : zaman puluhan
orang : umo berapa ya?
aku: ermm, 19 tahun 11 bulan 31 hari.takpun, 19 lebih-lebih sikit. hahha
 perghhhh, btw aku tak pernah buat. itu hanya rekaan semata2.

okay waktu zaman sekolah dulu yang aku selalu enjoy.

1. Makan Maggie Beramai-Ramai Hujung Minggu
Kadang2 makan yang separuh masak je sebab water heater lansung tak panas! Lepas tue kena take turn lagiii, dengan air yangmacam keluar taknak keluar tue lagiiiii. memang ko nak isi mangkoq ko tue, boleh tawaf satu asrama dulu baru penuh air separa panas tue dalam mangkoq!. okay aku tipu sikit di ditu
pastue kalau ada perisa yang berbeza, masing-masing nak try rasa . Macam lah tak pernah jumpe! huhuhu

2.Basuh Baju
Hahaha, enjoy ke?
enjoy jugak ah bro Aku betul-betul belajar basuh baju dekat sekolah menengah lah. Tambahan pulakk,
Boleh lah build muscle. exercise tamabahan malam-malam lah katakan.
turun ramai-ramai, bawak radio portable, sambil tonyoh baju, sambil layan lagu.
Lagu nasyid pulakkm tue. ahahaha.
kira okaylah! 


aku rase tue je kot masa sekolah. HAHAHA. maaflah bro, kehidupan di asrama sekolah lansung tidak berwarna-warni!
serwis
ko nak surf tenet, memang hareeeem takkan dapat lah, berita2 dekat TV memang tade punye. TV pun ada 1je dekat TV Room, pastue dengan ramai2 yang nak tekan channel tue channel ni lagi. pastue before boleh tengok tue, kena adjust wayar tue ke atas, senget ke kanan sikit, kadang hitam putih. huhu.birokrasi betol! perghh, banyak pulak ko kutuk dak apes! dolu2 tak de pulak nak komplen . ngeeee!
dolu2, aku kalau betul2 nak tahu pasal dunia ke apa2 je lah.
kelas prep 3.30 petang dak?
aku pukul 3.00 dah turun ke kelas, masuk kelas, kena usha semue laci meja budak-budak kelasmit aku dolu. sebab memang nak dapatkan surat kaba ni memang ko kena berebut bro! Susah dia tahap gaban! macam treasure hunt gamanya.
 cerghhh, u see the hardship sebab nak tahu perkembangan semasa.
bila dah dapat, nanti akan kedengaran lah suara.

suara 1 : Pez, After!
suara 2: Eh, aku dulu lah!
suara 3: Pez, lepas ko sape eh? 
aku: Donat (ni kawan aku)
suara 3: Donatttttt! After (after tue kependekan kata book after you)

ha, begitulah sampailah besoknya.
aku kalau dah malas nak berebut, aku bace lambat sehari. sebab kadang2 depa sorok memang takkan jumpa bro!
satu lagi bila ko jenis yang teliti gila, kalau boleh semue benda nak bace, iklan2 semua ko redah, nanti adalah suara2 bunian

suara bunian: Lambat lagi kee~~
orang lain pun nak bace jugak~~~ 

sangat merdu, rasa nak tampo laju-laju. hahaha, tarak ah bro. stendet lah tue
1 newspaper shared by 30 over students.

kalau ko betul sangap nak tengok TV, hujung minggu bolehlah tengok TV dekat kantin sekolah tue pun sampai pukul 10 jerrr.
lepas tue, memang jangan nak mimpi nak tengok channel kesukaan ko sorang, ini memang kena ikut kesukaan ramaiii. kadang2 tengok channel siam jerr sebab nak tekan dia punya butang tue maha tinggi bro! (TV tue tergantung dekat dinding bahagian atas). so head bang lah dengan lagu-lagu siam.hahaha

tapi bila dah 9 tahun (2003-2011) jarang bertempek dekat TV, kalau tak jumpe TV pun dah rasa okay je bro!
untuk yang universiti aku update satgi na!


Tuesday 29 March 2011

Bila Difikirkan, Ia Amat Merunsingkan. Namun Semoga Allah Beri Jalan.

Assalamualaikum semua :)

senyum, selagi boleh senyum :)


sekarang tanggungjawab aku dah sampai :)
mampukah untuk aku senyum lagi?
surely yessa bro!
no matter what will happen. we still have time.
memang bila fikiran gwa tadi ditriggerkan dengan persoalan itu.
yes, pertama sekali gwa menyesal.
kedua, menyesal.
ketiga, menyesal.
tapi itu lah yang mematangkan mungkin.
learn from the mistakes.
sekarang tugas aku dah jelas.
pedia bro?
berfikir!
yehhha, memikirkan strategi macam mana nak kumpulakn duit yang maah banyak tue sebelum julai datang lagi!
serius 8000 bukan macam RM 8 hengget, senang ko nak kutip. tapi pertama-tama sekali, kita jangan gabra.
sebab bila kita gabra, anak buah, dua kali lipat rasa gabra.
selain berfikir dan berfikir.
perkara utama lain yang aku lakukan adalah motivate anak buah biar mereka rasa semangat dan selamat.
mampukah?
yes mampu!
i have the confidence.
settlekan satu per satu dan mintak sangat-sangat biar beban ini di release sedikit demi sedikit.
i just felt the heat , somehow there will always ways to cool it down. 

as a starter.
Stay calm and have faith to GOD that he will surely HELP you.
have trust to the committees.
have confidence that you can do it.

keep thinking the strategy 
and 
by July, 8000 MYR is ready!



Hi, I'm Bob The Builder!

Assalamualaikum semue :)


Cepatnya masa berlalu bro. dung dang dung dang March dah nak habis dah.
 How time flies.
ceh, tajuk entri nak surprise aje dak?
bukan apeeee
besok UCITY ada organize satu event yang diberi nama
BUILD AND BREAK COMPETITION.

gapo dio tu?
okayh!
camni bro.
syarat die, korang buat, kami hancurkan.
ngeh (3 kali)
bukan in detail sedikit macam ni:
kami provide lidi, satay.
ko perah otak lah , aim dia pakai otak bukan main redah je.
daripada lidi-lidi tue yang cantik terikat berbungkus dalam plastik rock rax,
 korang kena dirikan bangunan lah kununnya.
Nak serendah-rendah burj khalifa ke, hamik lah. Nak buat menara berkembar 2, 3, 4 ke pun hamiklah. 
gwa x kesah.
janji.
tinggi, berat, load sustainable.
 memang tough ah bro, ini serwis!
sebab 90% kami ikut yang ASEAN BBC punya style. kenapa ciplak yang depa punya?
huiii, we are not plagiarized anything wokay. no worries!
itu hanya as a training untuk bebudak yang soon akan wakilkan UTP ni ke ASEAN BBC sahaje

event dia dah besok dah pong!
aku bekerja sebagai Adjudication & Public Relation.
harap-harap semua lancerrr.
nak smooth je besok. insyaallah :)





Monday 28 March 2011

Masih Ingatkah Pasal Azam?

Assalamualaikum semua :)

Okayh rasanya sejak due menjak ni gwa dok aysik layan blues gwa je bro dak?
heheheh, again life needs variety.
even kalo ko ngappp tiap-tiap hari kalau makan maggi je bapak bosan bro!
sekali-sekala mesti nak makan western ke.mentang-mentang skolar PETRONAS baru masuk dak? makan nak syedapp aje.
Alah persyaitttonkan!
ada duit makan je. kang kempunan pulak. tapi yang penting mesti bijak berbelanja bro!
sekali-sekala apa salahnya, yang takutnya, xde Chicken Chop, xnak makan. satu hari 5 kali pusing kuar masuk kuar masuk kedai western.
anak dato' takpeleeee.
tade ah nak cakapnya, even makan pong! korang selalu tukar selera so ini hati mau taknya.

okayh! dolu2 aku ada janji dengan sorang kawan ni, every friday aku akan baitau azam aku dekat dia. tapi dia ada internet problem, so terkandas sampai mane ntah sekarang.hehehe.
okay satu azam aku adalah untuk menjadi problem solver, good listener.
yessa, it is!

so, hari tue lepas borak-borak dengan sorang member ni, dia ada suggest satu buku ni ha. memang nais habis ah bro! aku baru je beli, harga memang sangat berpatutan

[By: Google Image]

Ha, yang menariknya bila aku search gambo ni, aku dapat link yang ebook punya. gwa dah donlod pun bro. Huu, kalau tahu awal-awal aku donlod jerrrr. Xde nya nak kuarkan duit, tapi takpelah. simpan dua-dua. kalau buku portable, cehh saja nak sodapkan hati. pandai ekauuu budak apess!
Insyaallah nanti as time passes by, aku boleh kot develop untuk jadik seperti yang tertera dia atas.
: To Motivate Others :
Semoga azam yang ada sebelas tue tercapaiiii, even yang awal-awal tue ada dah macam tak berapa nak jadikk
but it's okay, ada masa nak repair cacat celanya.
end of story.

Aku Nak Sangat Kau Tahu 05 : Life Quote

Assalamualaikum semua :)

[By: Zara]

"Aim for the top. There is plenty of room there. There are so few at
the top it is almost lonely there."
Samuel Insull

Arghhh, Serius Hati Ni Rasa Tawar!

Assalamualaikum semue :)

[Am I too sensitive. it's a don't know answer]


Huhuhu
Ouh perasaan weyh,  kenapa jadik camni bro?
serius aku hilang selera, hilang minat, hilang tumpuan, dan hilang segala-galanya bro.
Lansung tade keinginan kat hati ni nak ambil tahu pasal semue benda yang sepatutnya aku tahu.
begini rupanya penangan kata-kata.
setiap kali berdepan dengan adik-adik, rasa malu rasa tak bertanggungjawab hinggap dekat muka gwa bro :(
sampaikan nak sapa depa semua, hati dah tak larat.
yang melekat
'Apa pandangan depa dekat aku?'
itu sahaja.
ya itu sahaja.

yang betul-betul aku fikirkan sekarang,
tunaikan tanggungjawab aku. 
selepas tertunai, beban terlepas.
itu sahaja.
ya itu sahaja.

keadaan sekarang lansung tak best. 
suatu kondisi yang lansung tak diingini.
begitu masa berlalu, aku seriusly berharap hati ini bakal pulih kembali.
deep scar left, it's okay.
it's just a part of your life episode. make it as a memento bro!

[Cantumkan kembali hati yang patah]


kenangan itu amat pahit
semoga hati luka kembali terjahit
disebabkan rasa malu yang terpalit.

teringat kembali pesan aku dekat seorang teman dulu, mungkin ini waktu yang sesuai untuk aku plak kalu.

apa yang penting?
Hati mau tabah bro!

Ini Apalah Sangat...-Kata Anak Pacik Mail Yang Handsome Itu

Assalamualaikum semua :)

[Feel Like A Champion]

Petang ni gwa syahid lagi bro :) terpadam atas katil. Mula-mula sekali nak terima kasihhhhh manyak-manyak dekat akak lab Highway engineering sebab due date of submission for lab report is friday. gwa mati-mati ingat besok derr. otak tadi asyik dok carik je bilakah timing yang baik punyee nak siapkan lab report ni. 4 ye adik-adik dan 2 daripada 4 itu maha panjang.
serwis!
Kalau benda tue tak wajib anto, lambat lagi aku nak hard up.
huhuhu, tapi kalau lah. problem sekarang ni takde kalau, so ikhlaskan hati buat leklok sebab tue pun koswok :)
yang lebih penting daripada tu adalah memahami setiap apa yang dipelajari dak?
buat keja kena paham barulah ilmu tue melekat lame dengan kita.

Okayh, teringat dulu senior-senior dok cakap, tahun 3rd year 1st sem ni memang menggelupur lah. ada yang bagi wish tapi siap pesan read between the lines suma la. Baiknye ekauuu!
 aku dah macam. okayyy, aku reda~~
hahahah. tapi aku dapat rasa jugak menggelupur dia tue, tapi aku rasa aura dia tade lah kuat mana pong! ngeee~~

Penat memang penat tapi contoh macam ETP kitorang, alhamdulillah progression dia constant dan by the due date, we may finish it up all those unfinished matters. yang ada sekarang pun just a trivial thing except nak assemble part2 je.Tapi bila tengok orang lain kagum dengan hasil kita, rasa macam segar! rasa macam perghhhh, this is the moment!rasa macam appreciated. cehhh ekau, belum pape lagi dah rasa haibattt. yes of course!
hahahah.

tambahan pulak macam sekarang penat-penat boleh duduk-duduk sekejap. sambil-sambil wat keja, borak-borak kejap. so kira tadelah pressure sangat.

 plus, yang buat aku rasa macam ini hanya benda kechik je sebab time keja you put much effort than in university i thought. 
rasa fikiran aku tak salah.
haraplah.

there some words that encourage me to stay positive and optimists are :
No Pain No Gain
Alah Bisa, Tegar Biasa


setuju?
kalau setuju aku bagi 20 sen. kalau nak bagi nombor akaun. hahhhha :)
[By A.O.M]

Gwa Jumpa FL Bro!

Assalamualaikum semue :)

[By: Zara - Though it isn't for real, but i like it]
Hah, semalam gwa dengan 3 orang lagi komiti Family Day Beyond Horizon Motivationa Outreach Camp 2011 pergi buat filed trip ke Teluk Batik. Kitorang pi pun bukan sebab nak picnic-picnic, just nak pi survey harga hotel, bilik tidur, tandas, tempat makan, barang-barang BBQ, tempat nak conduct activity dan banyak lagi lah. So, pergi sebab atas urusan kerja ya, bukan nak pi mandi-manda. Tempat tue memang best lah! Nak lagi die sebelah Outward Bound School Lumut (OBS-wajib untuk budak-budak PETRONAS).

so, before kitorang sampai, kitorang breakfast dekat kedai apa entah namanya. Makan roti arab seket dengan Jus Tomato. pastue singgah kedai minyak. Aku beli Tabloid, Harian Metro. Aku ni baru nak praktik balik beli-beli Surat Khabar ni sebab nak tahu ape ke benda yang dok huru-hara sekeliling gwa bro. Serius kentang gwa cakap yang gempa bumi dekat Myanmar, aku tahu dekat status Gtalk orang ja. Kalau ada Tibi kat dalam bilik kan sonang~ n_n

Lupakan yang tue. bila dah setel semua dekat Teluk Batik, kami balik dan lunch dekat kafe Impiana. Environment die bersih macam Al-Quds. So aku kalau tempat bersih, memang enjoy lah makan!.
so, mesti korang terpikio bila masa aku bace paper yang aku beli tu dak?

Dekat bilik, sejurus sampai.
Gwa penat-penat pun, dah separuh lembik gamaknya, tapi gagah lagi bukak Metro. Baca punya baca, sampai part Bulu Mata Palsu. Gwa macam cam sorang awek ni.
aku: 'Eh ni Macam Maria Elena The Greek Helen ni'.
btw, she's is my senior in UTP but graduated ad.
tengok-tengok yang lain tak familiar.
pastue ada gambor yang besar gedabak tue aku tengok.
lama gwa usha, hah hamek ekau
FL ghopenye!
tokojut eden.

[Paling besau gambau-FL, tudunh biru-Maria Elena]

[FL a.k.a Fatin Liyana]

[FL gaya sempoi]


aku terus mesej che jue BH,
 sebab dia pun tahu akan hal ehwal semasa dunia bloggers ni. cehh ayat!

Sunday 27 March 2011

Banyak Kerja, But When It Comes To A Duty, It's Your Responsibility :)


Assalamualaikum semue :)

[By A.O.M]

Hai, hari ni saja nak wat stok boost semangat sikit. Memandangkan weekend ni nampaknya sama seperti hari-hari lain sibuknya. maka gwa sepertinya harus men-chillkan diri gwa dengan put myself in a positive mode and sentiasa optimistik dengan apa jua yang gwa buat bro. Bak kata kawan yang hidup dia lebih kurang aku jugak busynya. hidup kitorang dah macam tade life. Mase diisi dengan buat kerja event and banyak masa diisi untuk setadi. iyolah.
yang ko dok berbelog-belogan ni apo ko hea?
it's just a way to get rid off the stress, get rid off the boredom as a loner and the utmost desire is the passion to write and share my thought. As simple as that :)

Today, surely i would be busy, somehow i will try to fulfill my rensponsibilty as a student, as a committee. Yang wajib sebagai anak soleh, hamba Allah itu adalah daily obligatory dak?
so, itu memang wajib

Okayh, bro itu sahaja gwa nak merepek di pagi hari ni. tak tahu nak tulis apa senanya.
okayh, yang penting
Pesanan Gwa :

SPREAD THE LOVE.
LOVE YOURSELF LOVE OTHERS

[By A.O.M]

Saturday 26 March 2011

So Don't Apologize, I'm Losing What I Don't Deserve

Assalamualaikum semua :)



Being A Leader Will Never Make You Popular.

Assalamualaikum semue :)

[By: Zara]
Alhamdulillah sangat-sangat hari nie, Projek ETP walaupun weekend tapi masih lagi berjalan. A Bunch of Thank You to leader aku, Anis Izzuddin. sebab hari ni part tayar is almost done. 
ini mungkin entri agak serius sikit kot.takkan ada ayat2 humor ye kawan-kawan. :)

Tadi waktu ke lab di Tronoh, waktu tengah siapkan projek sempat jugak borak-borak dengan pacik yang tolong kitorang. 
aku admire dia sebab dia India, cakap melayu fluent and english pun dari cara die cakap dengan kitorang pun is good. 
Plus, dia boleh cakap Mandarin.
 I was mesmerized! 4 languages are more than good enough bro! Kajian ada mengatakan those who know more than two languages are having low risk of dotage (nyanyuk) and have longer life span. Statistik aku tak bagi lah. tapi positive things apa salah untuk diikiut. Aku ada cita-cita jugak nak explore culture orang asing.
 life is short, make it meaningful and treasure all those beautiful things to the fullest. 
salah satu prinsip hidup aku.

Not just only that, pacik tu kalau nak diukur ijazah memanglah takde. tapiwork experience yang dia ada memang adorable. Banyak benda theoritically yang aku belajar, tapi bila it comes to a real matter, tak semue sama seperti yang ada dekat kelas. macam tue lah pacik tue cakap tadi and it is very true.

Lepas dah siap, aku dengan Anis balik.
on our way back to UTP from Tronoh. We just discussed about matter regarding our position.
 Both of us are HICOM of a particular societies. Anis hicom FIRC, aku HICOM Ucity. So more or less, we share something in common. So borak-borak tadi rupa-rupanya almost semue mereka yang memegang posisi macam kami mengalami keadaan yang sama. Orang selalu cakap HICOM tak buat kerja.
and even aku dulu-dulu waktu jadi komiti biasa. Itulah yang aku selalu cakapkan.
waima, merek buat kerja. 
Kata kawan aku, perkara Hicom lakukan bukan sesuatu utnuk orang bawah tahu.
setuju.

Yang membuatkan aku makin have faith to anything that will come in the future as a hicom is that:
kata-kata Tuan haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, 
Director of Students Services UTP
ni dia pesan dekat kwan aku ni and he doesn't mind to share.

BEING A LEADER WILL NEVER MAKE YOU POPULAR.
 IN DEED SOME OF THEM WILL HATE YOU.

as a human, we are not perfect and is suits the above statement :)
and one more thing that i have learnt.

as a leader our utmost task is 
TO MOTIVATE THE COMMITTEE MEMBERS AND AS FOR NOW, I WILL TRY TO MAKE IT POSSIBLE FOR ME.
insyaallah :)

senang berkawan dengan mereka yang optimis. 
the more we treasure them, the more we gain experience.
it's just a splendid thing to be done!



.



Kisah Lame, Kenangan Lalu : Bunian

Assalamualaikum semue :)

[By Zara]
Heyya, penat baru balik meeting, otw balik bilik tadi gwa nampak dua batang pokok dekat dengan kolej kediaman gwa bro. sekali pandang macam pintu gerbang, tiba-tiba ingatan gwa teringat akan impian lama, waktu zaman belum akil baligh dulu kala.

impian apakah bro?
1.ingin memasuki alam bunian
2. menjadi orang bunian

HAHAHA.
memang cita-cita aku pelik bro.
aku siap berdoa dowh biar dapat masuk alam bunian. perghhh
entah kenapa aku boleh tersesat jauh sampai ke situ.
satu sebab, penangan buku MASTIKA.
dulu kan banyak kisah-kisah budak ghaib masuk alam bunian katanya.
bila setiap malam jumaat, famili dia letak tepung and nampak kesan tapak kaki anak dia balik.
so nampak macam menarik ah time tue.
gila ah ko apesss!
satu lagi sebab kisah thailand. aku tengok time kechik-kechik dulu
yang sorang awek ni ha, dia orang bunian datang ke dunia nyata.
pastue bercintan-cintun dengan lelaki yang x bunian. entah apa konfliknya sampai depa terpaksa berpisah
dan lelaki tue hantar padang lapang yang ada dua batang pokok yang nampak seolah-olah pintu gerbang.
bila pompuan lalu antara dua batang poko tue, die terus jadik bunian balik
hahaha

itu ah pasai bro, gwa tengok pokok tadi terus teringat.
bukan barang sekali atau dua, tetapi selalu jugak la
cuma tak terpokio nak kongsi dekat ampa :)


Aku Nak Sangat Kau Tahu 04 : Life Quote

Assalamualaikum semua :)

A word that is inspiring me a lot 

[By: Zara]

"A goal is a dream with a deadline."
Steve Smith


[02-2011] - JOM SARAPAN!

Assalamualaikum semue :)

[By : Zara]
satu kesilapan besau semalam sebab tido awal sangat tanpa membuat sebarang kerja. penat bro sebab stamina kurang gamaknya.
ah! persyaittonkan dulu benda tuh.
hari ni weekenddak?
kerja berlambak-lambak dekat ataih meja. merayu-rayu minta disentuh biarpun barang sekejap.
ceh! ayat prosa kelasik
okay, memandangkan sebenanrnya aku tade lah bangun awal sangat ni. huhuhu. 
pukul 8 tadi bangun mandi pastu greet kawan-kawan dekat Gtalk , update FB, tweet tweet. 
then teruskan mission menghabiskan 9 - to- do list. satu dah selseai. satu ongoing, andkiralah berapa lagi yang berbaki.

saja nak kick off pagi ni dengan new spirit, new strenght, new mood.
maka dengan penurunan hujan dari langit (feels so refreshed seeing the rain  outside my window) rasa sejuk ja.
pastue gwa bagi perut makan dengan bersarap ringan.
1. baskawit jibsmur (Chipsmore)
2. Segelas susu Anmum  bukan lah! susu tepung Dutch Lady je, anmum tak silap untuk ibu2 mengandung
3. Teh Jaypoonn. Don't worry tiada radiasi dikesan.

[By: Zara]

So, semoga hari ni gwa dapat kekalkan semangat pagi sampai ke petang, sampai ke malam, sampai esok, sampai lusa, smapai minggu depan, bulan depan, tahun depan, tahun depan-depan. dan etc.




Thursday 24 March 2011

Yang Tue Kita Eja Sebagai Bodoh Namanya. Okay B.O.D.O.H.

Assalamualaikum semue :)

[By : Google Image]


Malam-malam ni, menyirap pulak aku. bukan ape bro. aku tadi bukak la kejap FB sebab kan sekarang semua alumni sekolah-sekolah dok kalut cerita pasai result SPM yang baru keluar. 
Satu benda baru belajar, SASER dah bertukar nama. Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawar ke ape ntah, tapi aku tahulah itu Yang dipertuan Negeri Sembilan paling latest kalau x silap.
Okay abaikan pasal tu dulu bro.

Ni ha, ada orang buat kerja bodoh memang serius bodoh tak bertempat gamaknya.
Mengisi waktu senggang dengan mencari maut dengan cara ?
 ingin mencabut nyawa sendiri.

weyh, ko ingat ko boleh hidup 4,5 enam belas kali ke mak henchik???
nak pulak berlaku dekat KB Mall.
 Sedar lah sikit tue je tempat anak-anak muda nak hang out hujung minggu. 
Kang tak pasai-pasai berhantu gara-gara ko.
okay itu bukan persoalan dia.
persyaittonkan dulu benda tue. 

 Yang aku nak marah sangat tue, kenapa la rajin sangat nak carik maut
memang kalau dah rasa down gile.
 Sana, pergi bace quran, semayang banyak-banyak sikit!
ko ingat ko bunuh diri tue selesai ke masalah?!
mati tue banyak lagi dalam kubur nak tanggung. bukan selamat pong!
dah tue mati bunuh diri tue apa hukum dia?!
pastue terlepas ke beban kita?!
bijak sangatkah tindakan kita tu?!

Aku memang hareeem marah gila-gilaan, bukan sebab dia memalukan Kelantan ke, Tok Guru Nik Aziz ke ape ke
yang tue sekali lagi. 
persyaittonkan.
yang aku marah sebab akal dia pendek memang bodoh tahap dasar.
sekali lagi kepada sesiapa yang ada berhajat ingin membunuh diri
pertama sekali.
istighfar lah banyak-banyak. 
dunia ni berat macam mana sekalipun ujian.
kan kita ada Allah, carik lah Dia.
Allah dah pesan lama dah
yang bila maut datang menjengah maka, tade peluang untuk kita melengah-lengahkan atau mengawalkan barang sesaat.

so yang ko excited nak mati awal belum malaikat datang jemput tu pasaipa?!
okayh!
semoga allah maafkan aku sebab memang aku marah nak mati ni!
semoga allah selamatkan akidah aku dan sentiasa berada dalam landasan yang benar.
mati dalam husnul khatimah.
berakhir dengan sebaik-baik pengakhiran.
insyaallah.

Malam Jumaat : Rasa Lain

Assalamualaikum semue :)

[Perasaan ni tak kekal rupanya :( ]

Cehh, ayat ko. Okay kepada semua jangan terlalu berpikiran biru-biru. kang aku tampo, tak pasai2 biru kulit ko, haru-biru hidop ko.

Selepas mengharungi masa-masa sukar minggu ni, akhirnya weekend datang lagi!!! walopon besok baru jumaat. kenapa saudara berbicara sedemikian rupa?
bro, lantak gwa ah!
cerrrghhh, satu body, dua entity :)
tade ah, besok aku memang free habis, whole day tapi maybe akan dispendkan untuk ETP. sobab minggu dopan gwa dah kena hantar prototype derr.
minggu depan gwa ada Build & Break Competition and weekendnya ada Pre-Event Beyond Horizon Motivational Outreach Camp dengan SMK St. Bernadette Batu Gajah Perak. Ceh, aku elaborate panjang macam lah korang kenal dak?
tapi yang heavennya, semue mereka adalah perempuan!
so, makin bersemngatlah gwa nak jadik facee. hahahah
ada hati ekau!

kiranya aku tadela free sangat tapi at least boleh lah bro nak bernafas hujung minggu. diulang untuk bernafas!
sebelum-sebelum ni memang busy nak mam! hectic memaang kalah lah Kak Ros tue.
this weekend To-do Lists :
1. Lab Report Highway Engineering- 
4 semuanya. bukan sebab aku menangguh ye, memang kena hantar empat!
2.Tutorial Highway :)
3. FES assignment-2
4.HSE projects-2
4.Malaysian Studies Project
. VIPs Text Speech
4. Judging form for BBC
5.ETP progreesion

Okayh! bila dah buat checklist baru tahu:

weekend ni mati lagi laaaaa rupanyaaa

[bertukar, ingat dah free. rupanya belum lagi :( ]


banyak pulak keja bila buat checklist ni
terima kasih otak sebab refresh semue keja-keja ni
tensalottttt!
okay, pengumuman terbaru :
minggu deoan aku akan menjalani hidup yang sama macam minggu ni
terima kasih kehiduoan yang membosankan !



Mahu Berehat Seketika!

Assalamualaikum semue!

[Time for rewarding myself tonight]

whoa!
tamat jugak hari khamis ni.
dah aku malaih nak pikio pasai Test FES. 
(hah hamek ekau! sape yang nak soklan objektip tuh. berobjektip la kite tadik. soalan maha panjang nak kira, 1 markah je dia kasik.)
takpelah, tak salah dekat sape-sape pong!
life needs variety dak?
besa selalu dok tekan kalkutaor dapat jawapan, itu jelah. Gedebap jawapan.
Ni ada peluang nak circle-circle kan jawapan. 
ko kire, ko bulatkan. ko kire ko bulatkan.
Oh World!
tapelah, janji ko dah buat yang terbaikkk walopon ko tak jawab soklan 5 dan 6 secara penuh!
mati le aku.
entahlah bro. aku dah tahu nak bulat apa dah.
sekarang masa bertawakkal namanya.
hehehe.
tapi aku tak ambik ringan yer pasal belajar.
 serwisly ada janji dengan parents yang perlu ditunaikan sem ni.

Malam ni nak setelkan pasal ICFC_PR, BH_CNP, BBC_APR, ETP20_TYRE.
inilah kehidupan saya!!!
i'm happy with this routine :)

As An Introduction : My Name Is IMPERFECT Hafez

Assalamualaikum semue :)



introducing myself as stated above :)
kepada mereka yang masih tak kenal akan diri ini, don't expect too much from me.
kepada yang dah kenal.i'm trying hard now to change to be better.
there will always a room for improvement. right?
mungkin bunyik macam poyo gila, tapi it's better to give you a precaution rather than listening to harsh words that are surely painful to be heard and remembered.

That's all from me.
:(


Wednesday 23 March 2011

Separuh Berharap, Separuh Bersemangat, Separuh Berusaha, Separuh Penat.

Assalamualaikum semua :)

[Just Bear With It for a while, yes for a while]
cehhh. entri nak emo je.
elehh bro macam ko tak pernah. hehehe
bukan lah weyh, ini a way of expressing my feeling bro!
cube nak boost semangat kot. sebab memang semue sekarang separuh2. macam sekarang nak lebih kepada surrender dah pun.
tapi bile fikir balik, itu adalah koswok kottt.
makanya nak tak nak, memang malam ni gamble habis lah!
sama ada nak tumbang malam ni (tido awal) ataupun memang besok terkontang-kanting masa exam.
so, nak cube suntik semangat sikit supaya yang mana separuh2 tue jadik full of.

Kaman apess, yukanduit 2x!
be like your big idols.
Be like them. Be Like HIM, be like HER, BE

Such A Profound Words:
Works Under The Pressure, Beyond Your Limit Is Not Always Bad.
Just Be Like Charcoal
With The High Pressure It Turns Out To Be From Charcoal To Valuable Diamond.

btw, to all readers, please doakan aku weyh.
malam ni baru nak carik peluru
semoga cukup untuk masuk berburu besok!
satu senapang dua target derr!
cerghhhh, ayat tak bleh blah dowh!
so what?
ahahaha.
end of story

Don't Ask For More

Assalamualaikum semua :)

[Takut pulak tengok gambar ni]


Okayh memandangkan gwa ada dua (2) tests besok lagi bro. maka plannya ingat nak study malam ni ah. sebab ye la, pagi petang ada kelas. Satu benda maybe silap aku jugak sebab masa free aku tido awal, tengok vids pastue bila dah dekat baru nak kelam kabut. tapi aku ada carik jugak lah mase sebenarnya bukannya aku study last minute. sebab memang kadang-kadang free tapi gwa buat kerja event jugak. so memang hidup terisi macam tue lah.
okay apa aku nak cerite sebenarnye ni. heheh
macam ni, kan malam ni aku plan nak study.yezza memang kena study jugak belah mana pong!
tapiiiiii,
yang buat tak sodapnyo sobab haiiihhh, sebab malam ni kena pi tengok debat purakkkkk rahhh!
bengang serius bengang! kalau x pergi burn cenggitu je 5% coursework. so nak tak nak kena pergi jugak. bijak ekau mr.lecturer dak. paksa rela la malam ni.serius aku tak ikhlas. bukan lah kalau aku free maybe aku pergi tapi for the sake of coursework jugak sebenanrnya. tapi paling kurang hati tak panas.
ni 2 tests kot beb!
manyak la weyh nak study. ingat malam tue panjang sangat ke duration sampai boleh khatam 2 subjek???
hah, bengang akuh!
lagi pulak, semalam aku dah 'spend' masa kottt untuk malaysian Studies. bagilah can dekat subjek lain jugakkkkkkk!
depa pong nak kasih sayang jugakkkkk!
*versi marah betol*

When 24 Is Not 24 Anymore

Assalamualaikum semue :)

[By Lord Zara -  What A hectic Life Now]

Cerghhh, awal-awal dah angkat pistol!
tade ah bro aku nak tunjukkan ekspresi aku yang mana aku sekarang dalam keadaan huru-hara, haru-biru. sebab? entahlah.
walaupun agak organize cume badan rasa tak ditreat dengan sewajarnya. kenapakah?
sekali lagi, entahlah.
aku rasa itu jawapan dia kot, entahlah. 
hurm entahlah.
bila-bila difikir-fikirkan balik. rasa macam banyak sangat keja bro sampaikan nak bedak-bedak tugas tue tak cukup weyh. yer, mesti ada yang cakap 24 jam tue cukup je untuk semue :)
aku nak tanya : Ye ke?
24 jam tue kalau fully utilised memanglah cukup. habis bila masa ko nak makan, nak semayang, nak rest?
sekali lagi, entahlah. aku macam pasrah je sekarang. bukan give in sebab aku dah give up. bukan-bukan. 
aku just macam malas nak mengomel-ngomel (habis sekarang ko buat ape bro? hahaha)
just macam nak tarik nafas panjang2, pejam mata and tahan je semue benda ni. ini bayaran seorang student mungkin untuk berjaya. persyaittton kan rasa malas, rasa nak berehat-rehat lama. bersidai-sidaian.

[By Lord Zara - Hanya Mampu Pasrah]


semoga dengan sedikit pengorabanan ni. Allah bagi galang-ganti dengan ganjaran yang lagi haiibattt! insyaallah. 

[By Lord Zara - Belajar Niat Kerana ALLAH]